Kelas Komputer Cuti Sekolah
>> Wednesday, January 27, 2010
Pada cuti sekolah yang lepas, kelas komputer telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Pusat Juasseh. Kelas komputer ini bermula pada 24/11/2009 sehingga 10/12/2009. Kelas komputer ini hanya dibuka kepada pelajar tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2010. Matlamat utama kelas komputer ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai website pendidikan kepada murid yang boleh digunakan sebagai latihan dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Aktiviti yang turut dijalankan adalah seperti penggunaan Microsoft Office Word, penggunaan Microsoft Office Publisher, penggunaan Microsoft OfficePowerpoint, persembahan menggunakan Powerpoint, penghasilan pamplet, kuiz, penggunaan enjin carian serta latihan dalam online.
0 comments:
Post a Comment