Kelas Komputer Cuti Sekolah

>> Wednesday, January 27, 2010

Pada cuti sekolah yang lepas, kelas komputer telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Pusat Juasseh. Kelas komputer ini bermula pada 24/11/2009 sehingga 10/12/2009. Kelas komputer ini hanya dibuka kepada pelajar tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2010. Matlamat utama kelas komputer ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai website pendidikan kepada murid yang boleh digunakan sebagai latihan dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Aktiviti yang turut dijalankan adalah seperti penggunaan Microsoft Office Word, penggunaan Microsoft Office Publisher, penggunaan Microsoft OfficePowerpoint, persembahan menggunakan Powerpoint, penghasilan pamplet, kuiz, penggunaan enjin carian serta latihan dalam online.

Read more...

Eksplorasi ICT Tahun 6, 2009

Bertempat di makmal komputer SK Pusat Juasseh, murid Tahun 6 yang telah mendaftar untuk turut serta di dalam Program Eksplorasi ICT bersama Fasilitator SchoolNet telah mengikuti program ini dengan jayanya pada 02/11/2009 sehingga 20/11/2009. Program ini adalah lanjutan daripada program selepas peperiksaan UPSR. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya latihan intensif windows xp, penggunaan enjin carian, Microsoft Office 2003, penghasilan brochures serta pertandingan menghasilkan Movie menggunakan Windows Movie Maker.




Read more...

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP